√ 21 Tempat Makan Menarik di Wangsa Maju (Best 2024)

Tempat Makan Menarik di Wangsa Maju – Di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, terdapat sebuah tempat yang menyimpan sejuta rahsia kuliner yang memikat hati – Wangsa Maju.

Adakah anda mencari pengalaman makan yang menarik dan pelbagai di sekitar Wangsa Maju? Jika ya, anda berada di tempat yang betul.

Dalam blog post tempat makan menarik di Wangsa Maju ini, kami akan membawa anda untuk menjelajahi beberapa tempat makan menarik di Wangsa Maju yang tidak boleh anda lepaskan.

Dari makanan kampung yang autentik hingga hidangan antarabangsa yang lazat, kami akan membimbing anda melalui pelbagai destinasi makan yang pasti akan memenuhi selera anda.

Jadi, bersiaplah untuk mengetahui rahsia kuliner yang tersembunyi di Wangsa Maju yang mungkin belum anda ketahui sebelum ini.

Senarai Tempat Sarapan di Wangsa Maju

1. GM Patin Sri Rampai

Jika anda mengidam Ikan Patin Masak Tempoyak, semestinya anda wajib kunjungi restoran ini! Berasal dari tempat kelahiran hidangan ini, iaitu Temerloh, mereka memang pakar dalam membuat lauk Ikan Patin Masak Tempoyak.

Nikmati hidangan tradisi Pahang ini dengan sepinggan nasi putih panas, telur dadar dan ulam-ulaman segar. Memang cukup padu!

Selain itu, tempat makan menarik di Wangsa Maju ini juga menghidangkan pelbagai lagi lauk-pauk tradisi Melayu dan hidangan ikan bakar yang dibuat fresh setiap hari.

Alamat19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/sHh3iGeqeWcA8DVy9
Waktu Buka
No Telepon60173691705
Rating Google4.0 ⭐⭐⭐⭐

2. Restoran BRJ Bistro Corner

Tempat makan menarik di Wangsa Maju ini merupakan antara ‘top’ tempat makan di Wangsa Maju. Nasi lemak ayam gorengnya merupakan hidangan yang cukup digilai pelanggan-pelanggannya.

Biasanya orang kata, harga makanan di kedai mamak sedikit mahal. Tetapi di sini, ramai memuji harganya yang berpatutan. Rasanya juga sangat sedap, berbaloi dengan kualiti yang dijanjikan!

Alamat10 & 12, Jalan 4a/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/iq5cfvYeJvbmwTGA8
Waktu BukaSetiap Hari, 24 Jam
No Telepon60341416475
Rating Google4.0 ⭐⭐⭐⭐

3. Restoran Patatimo

Jika anda ingin mencari nasi kerabu atau laksam, Restoran Patatimo mungkin adalah restoran yang sesuai anda terjah. Tempat makan menarik di Wangsa Maju ini sememangnya menyediakan makanan versi Kelantan.

Baca Juga  √ 19 Tempat Makan Menarik di Kuala Krau Sedap (Best 2024)

Menu lain yang anda boleh cuba adalah nasi goreng cendawan sotong, menu yang disyorkan ramai. Selain itu, ianya juga antara tempat ‘lepak’ yang disyorkan dek kerana suasana yang santai dan selesa.

AlamatD’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/ff33vxZ9gsGULxvJA
Waktu BukaSetiap Hari, 08.00 Pagi – 03.00 Pagi
No Telepon60136223661
Rating Google3.6 ⭐⭐⭐

4. D’Timer Cafe

Walaupun anda berada jauh di Wangsa Maju, anda masih boleh menikmati makanan Johor yang bukan sahaja enak rasanya malah asli resepinya.

Di tempat makan menarik Wangsa Maju ini, anda boleh mencuba Laksa Johor, Kacang Pool dan Lontong. Kelazatannya memang akan buat anda rasa seolah-olah anda sedang menikmatinya di Johor sendiri. Terubat rindu!

Alamat11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/cKq4S7hXeUNavGs58
Waktu BukaSelasa – Ahad, 08.00 Pagi – 08.00 Petang
No Telepon60341415312
Rating Google4.2 ⭐⭐⭐⭐

5. NZ Curry House

Seperti biasa, kedai mamak tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Kedai atau Restoran NZ Wangsa Maju ini bagi kami patut juga berada dalam senarai ini.

Di sini, ramai memuji hidangan sarapannya yang enak-enak belaka. Contohnya seperti roti canai yang dikatakan sangat sedap serta naan keju dan tandoori.

Alamat12-1, Jalan Wangsa Delima 11, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/yYWrJXgqE6kHsKTX8
Waktu BukaSetiap Hari, 07.00 Pagi – 03.00 Pagi
No Telepon60341416857
Rating Google3.8 ⭐⭐⭐

6. Restoran Barakath Noor

Selalunya jika singgah sahaja di mana-mana restoran Mamak, pasti hidangan ini merupakan antara yang terlaris di situ – semestinya mi segera seperti Maggie Goreng.

Berbeza dengan tempat makan menarik di Wangsa Maju ini, mi segera yang ‘laku keras’ ialah Indo Mee. Dimakan bersama telur ‘goyang’ yang cair telur kuningnya, memang berganda lah kelazatannya! Ada berbagai jenis menu yang boleh didapati. Antaranya ialah Sirloine Steak, Chicken Chop, BBQ Beef Rib dan banyak lagi yang dijamin lazat!

AlamatJalan Metro Wangsa, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/ccqgYE5KZbSb7odE6
Waktu BukaSetiap Hari, 24 Jam
No Telepon60341499886
Rating Google3.9 ⭐⭐⭐

Senarai Tempat Makan Tengahari di Wangsa Maju

1. Wahabs Cendol

Pada hari yang panas, anda boleh kunjungi Restoran Wahab’s Cendol ini untuk menyejukkan badan anda. Bermula berniaga di pasar malam, Wahab’s Cendol kini sudah beroperasi lebih daripada 30 tahun!

Mereka sangat terkenal dengan hidangan cendol mereka yang sangat menyegarkan dan juga hidangan-hidangan lain seperti char kuey teow, rojak, nasi lemak, nasi goreng dan banyak lagi!

Alamat43, Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/sTdoWJ3hSEApBnJt9
Waktu BukaSetiap Hari, 10.00 Pagi – 10.00 Petang
No Telepon60162528005
Rating Google3.5 ⭐⭐⭐

2. Restoran Raso Omak Den

Restoran ini tempat yang paling best untuk menikmati masakan Melayu asli. Tempat yang sangat popular untuk penduduk tempatan untuk makan tengah hari, anda boleh mendapat banyak masakan melayu yang lazat di sini seperti daging salai masak lemak, sambal tempoyak daun kayu, daging kicap, udang sambal, siput sedut lemak dan macam-macam lagi.

Baca Juga  √ 40 Tempat Makan Menarik di Pontian (Pagi/Tengahari/Malam)

Semuanya memang cukup lemak, cukup rasa dan cukup pedas. Best sangat nak makan nasi campur Melayu kat sini!

Jika anda datang untuk sarapan, mereka juga menyediakan hidangan seperti nasi lemak, mee goreng dan pelbagai jenis kuih-muih.

AlamatJalan Bandar 13, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/Ydazb7xpxsXUXcGu5
Waktu BukaSetiap Hari, 09.00 Pagi – 05.00 Petang
No Telepon
Rating Google4.2 ⭐⭐⭐⭐

3. Tim’s Teapot Terrace

Jika anda gemar desserts pula, anda haruslah berkunjung ke kafe ini! Mereka menghidangkan pelbagai jenis kek, pai dan manisan-manisan lain yang sungguh enak. Kafe ini memang terkenal dengan kek mereka, dan anda pasti akan teruja dengan pelbagai jenis kek mereka yang selalu bertukar setiap kali anda kunjungi kafe ini!

Selalunya, anda boleh mendapati lebih daripada 10 jenis kek di kafe ini setiap hari! Selain itu, kafe ini juga menghidangkan makanan-makanan western seperti pasta, burgers, lasagna dan lain-lain.

Alamat9128, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/Yghs9Q4bJesQhNvz5
Waktu BukaSelasa – Ahad, 11.00 Pagi – 07.00 Petang
No Telepon60367325943
Rating Google4.3 ⭐⭐⭐⭐

4. RSMY Best Cheese Naan

Bagi peminat roti naan cheese pula, restoran RSMY memang khas untuk anda. Naan cheese mereka dibuat dengan keju mozzarella asli yang banyak sekali dan akan memberi anda #cheesepullporn yang cukup hebat.

Anda haruslah nikmati naan mereka bersama ayam tandoori mereka yang cukup juicy dan flavorful dengan penggunaan rempah-ratus tempatan.

AlamatD-72-A Plaza Usahawan Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/Y8H29duUcv3DMfFCA
Waktu BukaSetiap Hari, 11.00 Pagi – 01.00 Pagi
No Telepon60175565552
Rating Google4.0 ⭐⭐⭐⭐

5. Lamb Shepherd Restaurant (Authentic Chinese Muslim Cuisine)

Jika anda peminat masakan Cina, restoran ini wajib anda singgah. Keistimewaan utama di sini terletak pada daging kambingnya.

Ada yang digoreng, ada juga yang dipanggang. Yang pasti daging kambingnya memang segar dan isinya sangat ‘juicy’, semakin dikunyah semakin terasa kesedapannya!

AlamatNO.8A GRD FLOOR JALAN 4/27F, OFF, JALAN GENTING KLANG, Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/JFBeWPeQRzNigD2cA
Waktu BukaSelasa – Ahad, 11.30 Pagi – 07.30 Petang
No Telepon601111939872
Rating Google4.6 ⭐⭐⭐⭐

6. Ryndu Hot & Grill

Nama restoran ini cukup unik. Sinonim dengan namanya, mungkin keenakkan hidangan di sini boleh buat pelanggannya ketagih sampai rindu dengannya!

Kebanyakan hidangan di sini bersaiz besar, memang sesuai untuk dinikmati lebih daripada seorang. Antara yang anda boleh cuba ialah Lamb Shank, Tenderloin Steak dan Elephant Ear Steak.

AlamatNo. 42, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/wEK1U6jxNwSJBRet6
Waktu BukaIsnin – Sabtu, 11.00 Pagi – 12.00 Pagi
No Telepon60133742260
Rating Google4.3 ⭐⭐⭐⭐

7. Jiran Cafe PJCC

Ini sebuah lagi tempat makan masakan Barat yang disyorkan ramai. Jika anda peminat tegar makanan Barat, anda wajib serbu Jiran Cafe ini. Kalau tak, memang rugi!

Baca Juga  √ 20 Tempat Makan Menarik di Tanjung Malim (Best 2024)

Antara menu yang disediakan ialah pasta, pizza dan yang paling menarik, nasi goreng Italian. Hidangannya juga bersaiz besar. Bukan sahaja menyelerakan malah mengenyangkan!

Alamat19-G, Jalan PJS 5/30, Kampung Ghandi, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/rkHXJTvxE3Sxnc4v7
Waktu BukaSetiap Hari, 12.00 Tengahari – 11.30 Petang
No Telepon60173134736
Rating Google4.0 ⭐⭐⭐⭐

8. Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju

Nasi Kak Wook ialah nasi putih yang dimakan bersama-sama kuah kari dan ketulan ayam kecil yang banyak. Kedengaran ringkas, tapi itu yang membuatkannya sangat menyelerakan!

Jika anda teringin Nasi Kak Wook, tidaklah perlu turun ke Kelantan. Di sini juga ada menjualnya. Semestinya seenak Nasi Kak Wook di Kelantan, kami berani jamin!

Alamat19, Jln Wangsa Delima 2A, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/KZa8Ffhgn7VBCo7p6
Waktu BukaSetiap Hari kecuali Jumaat, 09.00 Pagi – 06.00 Petang
No Telepon60182919103
Rating Google4.0 ⭐⭐⭐⭐

Senarai Tempat Makan Malam di Wangsa Maju

1. Restoran Nasi Vanggey Kuala Lumpur

Anda tak perlu lagi berkunjung ke Ipoh untuk menikmati hidangan terkenal ini. Hidangan ini juga dikenali sebagai ‘nasi ganja’ kerana membuat orang ketagih apabila telah nikmati untuk kali pertama.

Nasi Vanggey adalah hidangan nasi putih panas yang dihidangkan dengan telur masin, acar timun, ayam goreng merah Vanggey dan kuah campur banjir.

Memang rugi jika tak cuba! Bukan itu saja, terdapat banyak lagi hidangan yang enak di sini seperti vanggey soup, vanggey fried yellow mee mamak, cendol pulut mangga dan banyak lagi.

Alamat9, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/MpJ3PD6F7giP1yCE9
Waktu BukaSetiap Hari, 08.00 Pagi – 01.30 Pagi
No Telepon60341442002
Rating Google3.9 ⭐⭐⭐

2. Kaw Kaw Burger @ Wangsa Maju

Kaw Kaw Burger memang terkenal dengan hidangan burger mereka yang sangat besar dan mewah! Jika ke sini, cubalah burger ‘Permaisuri’ mereka yang sangat lazat dan diperbuat daripada paha ayam goreng celup tepung, sos serai pedas special mereka, cheese meleleh, dan smoked turkey slices. Burger ini memang cukup mewah, tapi memang anda kena cuba sekurang-kurangnya sekali dalam hidup!

Bukan itu saja, mereka menghidangkan pelbagai lagi burger yang best seperti Turkeynizer, Cheesynizer, Triple-chicken patty burger, dan banyak lagi. Memang berbaloi untuk kunjung ke sini jika anda peminat tegar burger.

AlamatJalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/W3oH73CGCa5FT1BM8
Waktu BukaSetiap Hari, 05.00 Petang – 01.00 Pagi
No Telepon60123452240
Rating Google4.2 ⭐⭐⭐⭐

3. Mali’s Corner

Jika anda berada di sekitar Wangsa Maju pada lewat malam, anda memang wajib kunjungi ke Mali’s Corner! Tempat ini sangat popular untuk menikmati kuey teow goreng dan juga nasi lemak ayam goreng!

Tetapi, anda perlu bersabar sikit apabila ke sini kerana selalunya kena beratur panjang. Walaupun beratur panjang, jangan risau, servis mereka memang laju dan rasa kedua-dua hidangan ini memang berbaloi untuk tunggu!

Kuey teow goreng mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis seafood dan daging, serta sos yang kaya dan pekat dengan perasa yang sedap. Manakala nasi lemak ayam goreng mereka pula mempunyai ayam goreng yang rangup dengan nasi lemak yang sedap dan kuah sambal yang pedas. Rasanya memang tiada tandingan!

AlamatPlatinum Walk, 2, Jln Langkawi, Setapak, 53100 Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/g4vLyK1gFXwzgBkv6
Waktu BukaSetiap Hari, 12.00 Tengahari – 02.00 Pagi
No Telepon
Rating Google4.0 ⭐⭐⭐⭐

4. WG house(well gourmet halal house)

Untuk makanan western yang unik dan lazat, bolehlah anda kunjungi restoran ini. Mereka pakar membuat hidangan-hidangan western dan fusion yang sedap dan berbaloi! Antara hidangan menarik yang boleh didapati di sini adalah Lamb Ragout Pasta, Sizzling Chicken Burger, Sirloin Steak, Moroccan Baby Chicken dan macam-macam lagi!

Selain itu, anda juga boleh dapatkan pelbagai hidangan seafood di sini seperti US Boston Lobster, Japanese Tuna Steak Tempura, Surf & Turf platter dan lain-lain. Harga hidangan di kedai ini sedikit mahal, tapi memang berbaloi untuk belanjakan diri dengan makanan yang sedikit fancy sekali-sekala!

Alamat8-10, Lorong Dataran Wangsa Wangsa Melawati, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/Mq1zkSA1GmB7rD1H7
Waktu Buka
No Telepon601159802281
Rating Google3.8 ⭐⭐⭐

5. Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka since 2005

Kedai makan western ini mendapat pujian ramai dari pengunjungnya dan kelihatan selesa untuk datang makan bersama keluarga. Harga yang dikatakan murah dan tidak mahal dengan makanan yang dihidangkan.

Makanan western seperti daging kambing sangat disyorkan apabila berada di sini. Anda boleh cuba lamb stew ataupun lamb grill. Pasti tidak menghampakan!

Dan jangan lupa untuk cuba makan asam pedas salmon. Satu hidangan yang lain daripada yang lain dan semestinya lazat tak terhingga!

AlamatNo k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/YASbj431iCcgycBy7
Waktu BukaSelasa – Ahad, 11.00 Pagi – 12.00 Pagi
No Telepon60172121649
Rating Google4.0 ⭐⭐⭐⭐

6. The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat

BBQ dan Steamboat juga anda boleh perolehi sekitar Wangsa Maju. Tidak perlu susah-susah untuk ke tempat lain. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga borak lama-lama.

Restoran ini dipuji dari sudut perapan dagingnya dan satay kambingnya. Dagingnya dikatakan sangat lembut dan aromanya semasa dibakar cukup memikat. Memang bikin terliur!

Alamat1-36, PV 128, Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/GQpmiKv9mZAKAckQ9
Waktu BukaSetiap Hari, 05.00 Petang – 11.30 Petang
No Telepon60341418566
Rating Google4.4 ⭐⭐⭐⭐

7. Restoran Spoon Steakhouse

Jika anda sukakan makanan Barat seperti stik yang dipanggang dengan sempurna, restoran Spoon Steakhouse ini wajib anda singgah. Restoran ini terkenal dengan hidangan steak yang berkualiti tinggi dan berbagai pilihan stik yang memukau selera.

Dari steak yang lembut dan juicy hingga kepada stik ayam yang rangup dan berperisa, Spoon Steakhouse menawarkan pelbagai hidangan yang pasti memuaskan selera anda. Selain itu, mereka juga menyediakan saus-saus istimewa yang akan melengkapkan hidangan anda dengan citarasa yang luar biasa.

Jadi, jika anda mencari tempat makan untuk merayakan sesuatu yang istimewa atau hanya untuk menikmati hidangan Barat yang lazat, Spoon Steakhouse adalah pilihan yang tepat. Suasana restoran yang selesa juga sesuai untuk keluarga atau temujanji romantik bersama pasangan anda.

Alamat32, Jalan 1/27F, Pusat Bandar, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/FuKmNApY1TnTmJ7c9
Waktu BukaSelasa – Ahad, 06.00 Petang – 11.00 Petang
No Telepon60133050603
Rating Google4.3 ⭐⭐⭐⭐

Kesimpulan

Dari artikel Rekreasi.my, Wangsa Maju mempunyai pelbagai pilihan makanan yang menarik. GM Patin Sri Rampai dikenali dengan hidangan ikan patin masak tempoyak yang terkenal. Di Restoran BRJ Bistro Corner, anda dapat menikmati nasi lemak ayam yang sangat berpatutan. Jika anda mencari masakan Kelantan, singgahlah di Restoran Patatimo.

D’ Timer Cafe akan membawa anda ke dunia hidangan Johor yang lezat. Bagi yang menggemari hidangan mamak, NZ Curry House adalah tempat yang sempurna. Sementara itu, Restoran Barakath Noor menyediakan mi segera Indo Mee yang menggugah selera.

Untuk makan tengahari, Wahabs Cendol, Restoran Raso Omak Den, Tim’s Teapot Terrace, RSMY Best Cheese Naan, Lamb Shepherd Restaurant, dan banyak lagi menawarkan hidangan yang memikat, dari masakan Melayu hingga ke masakan Barat.

Bagi mereka yang mencari hidangan makan malam yang istimewa, pilihan tidak akan habis dengan Restoran Nasi Vanggey Kuala Lumpur, Kaw Kaw Burger @ Wangsa Maju, Mali’s Corner, WG House, Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka, serta The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat. Di sini, anda dapat menikmati hidangan lazat seperti nasi ganja, burger besar, kuey teow goreng, daging kambing, dan banyak lagi. Wangsa Maju adalah destinasi yang hebat untuk menikmati pelbagai hidangan yang lazat.

Photo of author

Team Rekreasi

Team rekreasi.my terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam melancong komited untuk menjadi rujukan utama pelancong yang ingin meneroka keindahan Malaysia.