√ ISTANA BUDAYA: Sejarah, Tarikan, Harga Tiket 2024

Harga Tiket Istana Budaya – Istana Budaya dibuka secara rasmi pada tahun 1999 sebagai Teater Seni Persembahan Negara Malaysia untuk acara kebudayaan seperti konsert muzik klasik, pertunjukan teater tempatan dan antarabangsa, muzik tempatan tradisional, opera, persembahan tarian dan sebagainya.

Sejarah

sejarah istana budaya

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan untuk menubuhkan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diajukan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran, serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.

Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wadah seni Malaysia. Pengwujudannya dimulakan dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail, yang menumpukan kegiatan profesional dalam seni tari dan seni muzik tradisional.

Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta, dengan keluasan 5.44 hektar dan keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya merupakan panggung pertama di Asia yang dilengkapi dengan mekanisme pentas yang paling canggih untuk pementasan teater.

Rekabentuk bangunan ini mencerminkan kebudayaan Melayu dan terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya siap pada tahun 1998. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. Nama Istana Budaya digunakan secara rasmi selepas dirasmikan pada 15 September 1999, sebelumnya dikenali sebagai Panggung Negara. Pada tahun 2000, Kabinet memutuskan secara rasmi untuk menggantikan nama Panggung Negara kepada Istana Budaya.

Baca Juga  √ AGNES KEITH HOUSE: Sejarah, Tarikan, Harga Tiket 2024

Fungsi

fungsi istana budaya kl
  • Merancang dan melaksanakan persembahan berkualiti dalam bidang teater, tari, dan muzik di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Meningkatkan kuantiti persembahan yang cemerlang dan unggul di Malaysia.
  • Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan melalui teknologi komunikasi bagi meningkatkan khalayak.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.

Tarikan

tarikan istana budaya

1. Seni Bina

Keunikan senibina Istana Budaya bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung – lambang pemula upacara yang sering digunakan dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.

Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya’akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional (wau bulan) yang sedang terbang. Bahagian rekabentuk bangunan utama pula diambil dari bentuk ‘junjung sirih’, satu corak susunan tradisional atau hadiah yang dibuat dari daun sirih yang digunakan untuk upacara sambutan atau perkahwinan orang Melayu.

Seperti rekaan dalaman rumah tradisional Melayu, bahagian dalam bangunan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu “serambi” sebagai lobi dan ruang legar, “rumah ibu” atau ruang utama sebagai auditorium, dan “dapur” sebagai pentas dan dewan raptai.

Rekaan dalaman bangunan ini dibina menggunakan sumber-sumber tempatan seperti marmar dari Langkawi dan kayu tropika berkualiti tinggi untuk pintu-pintu yang diukir dengan tangan membentuk corak bunga dan daun. Hamparan yang menghiasi lantai lobi pula bercorakkan bunga cempaka yang sedang mekar dan pokok beringin. Gambaran ini diambil berdasarkan pementasan tradisional Melayu, Mak Yong dan wayang kulit.

Baca Juga  Harga Tiket Rumah Terbalik Sabah 2023

Dewan teater yang dipanggil “Panggung Seri” mempunyai kotak tempat duduk khas yang direka khas menyerupai tingkap rumah tradisional Melayu. Dewan ini boleh menempatkan seramai 1,412 orang pada satu-satu masa. Teater ini merupakan teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini. Istana Budaya juga dikelaskan di antara sepuluh teater tercanggih di dunia, dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di London.

“Lambang Sari” merupakan panggung yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Panggung Sari. Ia terletak di sebelah kanan Panggung Sari. Panggung ini sesuai untuk persembahan produksi-produksi kecil dengan kapasiti 281 orang penonton pada satu-satu masa. Pentasnya adalah berbentuk arena dengan keluasan lantai 500 meter persegi.

2. Persembahan Opera

Sehingga kini mahupun tidak kerap, Istana ini telah pun mementaskan beberapa opera terkenal dunia yang ditulis oleh penggubah-penggubah legenda, antaranya opera The Merry Widow, Tosca, La bohème, Turandot, Carmen dan banyak lagi diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan korus.

Harga Tiket Istana Budaya

harga tiket istana budaya

Harga tiket Istana Budaya berbeza-beza bergantung pada acara yang diadakan.

Baca Juga: Harga Tiket Balai Seni Negara

Waktu Operasi

waktu operasi istana budaya

Waktu operasi juga bergantung pada masa acara diadakan di sana.

Lokasi

lokasi istana budaya

Alamat: Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/ipcER3qLHqYS1SrP8

Kesimpulan

Rekreasi.my menyimpulkan bahawa Istana Budaya adalah pusat seni utama di Malaysia yang mempromosikan dan memelihara warisan seni dan budaya negara melalui pelbagai pementasan seni. Sebagai simbol kebanggaan negara, Istana Budaya berperanan penting dalam meneruskan warisan seni kepada generasi akan datang.

Photo of author

Team Rekreasi

Team rekreasi.my terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam melancong komited untuk menjadi rujukan utama pelancong yang ingin meneroka keindahan Malaysia.